Pengenalan Asas Microsoft PowerPoint

2 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Sempena cuti persekolahan yang sedang berlangsung, seramai 3 orang pelajar sekolah telah menghadiri kelas pengenalan asas Microsoft PowerPoint yang telah diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet PPR Seri Semarak. Kelas ini telah berlangsung selama 3 jam bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Para pelajar didedahkan tentang kepentingan Microsoft PowerPoint serta fungsi-fungsi asas yang terdapat di dalam aplikasi tersebut seperti mengendalikan persembahan menggunakan template yang sedia ada dan memasukkan kesan selingan iaitu transition yang dikehendaki mengikut kreativiti masing-masing. Para pelajar diberikan tugasan membuat slide bersempena menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali